Syukur

Assalamualaikum….hai semua..
Dah lama aku tak post entri dekat blog nie…Biasalah buzy katakan….Awal-awal sekolah nie memang banyak benda yang nak kena buat…
Lagipun tahun nie aku dah form 3…hihi…
Nak focus nak dapat ilmu and 8A nie…wink..wink..
Hari pertama sekolah akulah budak yang pertama datang kelas…semangat giler…
Tak sangka boleh dapat kelas yang sama macam sebelumnya…padahal keputusan aku taklah bagus sangat…27….1A5B2C….bagi aku tercorot…kalau 1 C jer aku boleh terima lagi tapi nie 2C pulak tu….Dengan keputusan aku yang sebegini…aku ditempatkan di kelas 3RK1,,,,huhu kelas yang pertama di antara batch form 3…memang terbaiklah…
Dan bagi kawan aku yang terpaksa turun kelas tu,,,’Usaha tangga kejayaan’…mungkin adalah subjek yang terkantoi tu…ramai jugaklah budak kelas aku nie turun kelas…mak cik kepoh turun kelas,menyebabkan kelas RK1 tenang jer tanpa suara orang jual kuih..haha…Wawa turun kelas memang aku tak sangka gila….erm,,tak pe ler supaya dia dan yang lain mengambil iktibar sebaliknya…
Aku nak ucapkan kepada ‘
janganlah kita lalai untuk berusaha menempa kejayaan dan janganlah kita lalai ketika kita mengejar kejayaan
Okeylah,,nak study nie…bye…~
Assalamualaikum…..

Rambutku....

Ada orang kata,kalau pakai tudung tidak perlulah untuk merawat rambut.Tetapi sebenarnya jika kita tidak merawat rambut,adakah kita akan selesa?
Jadi,rambut harus kekal cantik walaupun bertudung.
1)     Elakkan memakai tudung dalam keadaan rambut yang masih basah akan menjadi lembap di dalam tudung.Rambut bukan sahaja akan berbau,malah kulit kepala korang akan menjadi lembap dan boleh menimbulkan kelemumur serta gatal-gatal.
2)    Biarpun sudah menjadi trend waktu ini memakai tudung berlapis-lapis dan pelbagai gaya,namun elakkan memakai tudung lebih daripada empat lapisan.Semakin tebal kain tudung korang,maka akan menjadi sukar untuk rambut korang bernafas.Tentunya pemakaian tudung berlapis-lapis lebih baik digunakan untuk acara serta tempat tertentu sahaja.
3)    Hindari memakai tudung berwarna gelap semasa cuaca panas.Warna gelap mudah menyerap matahari.Jika aktiviti korang lebih banyak di bawah sinar matahari,sebaiknya pilih warna lembut muda,pastel atau putih.
4)    Cubalah untuk tidak mengikat rambut korang terlalu ketat.Menggunakan pengikat rambut yang besar dan tebal juga lebih baik daripada pengikat rambut yang kecil dan nipis.Rambut yang diikat dengan ikatan yang sama setiap hari berpotensi rambut patah.Oleh itu,sentiasa variasikan jenis ikatan rambut korang.
5)    Hindari menarik garis rambut di bahagian yang sama sahaja misalnya belah tengah,belah kanan atau kiri.Kerosakan rambut bermula daripada belahan rambut yang tidak pernah di ubah-ubah.
6)    Mengenakan tudung tidak beerti korang boleh bebas untuk tidak mengikat rambut.Itu memang kesalahan besar!Usahakan untuk tetap mengikat rambut,paling tidak pun tiga kali dalam sehari.Menyikat rambut sama sahaja seperti melakukan urutan ringan pada kulit kepala.Kulit kepala secara tidak langsung akan menjadi tenang  dan rambut bebas dari kekusutan.Sebaliknya gunakan sikat bergigi jarang agar rambut korang tidak banyak menempel pada gigi sikat.

SETIAP KALI HENDAK MELAKUKAN SEBARANG AKTIVITI,PASTIKAN RAMBUT BENAR-BENAR KERING SEBELUM MENGENAKN TUDUNG.
*       Pilihlah kain tudung daripada bahan yang mudah meyerap peluh contohnya kain kapas.Ia sangat berguna untuk memudahkan peredaran udara di kepala.Sutera dan satin lembut juga baik untuk rambut kerana ia boleh membantu kelancaran peredaran udara rambut.
*       Jika berada di rumah dan membolehkan korang tidak bertudung,sebaiknya lebih baik membiarkan rambut lepas terurai agar rambut korang boleh beristirehat.
*       Satu tips lain yang korang boleh amalkan iaitu sebelum bersyampu ada baiknya korang cuba menggunakan ramuan tradisional iaitu limau nipis agar rambut korang terhindar daripada kelemumur dan kelembapan rambut tetap terjaga.
*       Bersyampulah sebanyak mana yang korang perlukan.Kekerapan bersyampu bagi setiap orang memang berbeza-beza dan bergantung pada jenis rambut.

p/s:Ini hanyalah rujukan untuk mereka yang mempunyai masalah sebegini.Ini bukan perkara wajib tapi harus.

Sumber:Yang boleh dipercayai.