bersihkan blog


Assalamualaikum...
HaiHaiHai..Ana in the house..
Erm,,aku tahu blog nie sudah lame tidak post sebarang entri..
Banyak benda yang berlaku sepanjang tahun 2012 ni..
Sama ada yang pahit ataupun yang manis...
Yang pahit jangan cerita terlalu banyak sangat..
Yang manis tu terlalu manis sampai akhirnya semua jadi pahit..
Yang manis tu pun ada la tapi biarlah jadi kenangan
Aku nak bagitahu yang aku tak sempat nak buka blog ni sebab aku ada buat blog baru..
Aku tahu aku bukan pandai sangat nak menaip la kan?
Nak handle blog satu pun tak teurus lagi nak urus blog lain kan?
Blog pon tak pandai nak edit nak cantikkan kan..
Pastu dah la tak up to date kan..
Aku tahu ramai yang tak suka sebenarnye blog ni atau aku...
Tapi untuk pengatahuan korang aku tak menyusahkan korang kan..
Aku tak harap ada yang follow ataupun tengok blog aku...
Tak payah la membazir air liur nak kutuk blog orang lain nak hina orang lain..
Pergi tengok cermin dan kau tengok diri sendiri yang banyak sebenarnye kekurangannya..
Belajar dari kesilapan pun tak pa ..daripada tak berubah langsung kan?
Dulu aku teruk.
Aku tahu..aku bukan budak baik
Dan sekarang pun mungkin belum cukup baik la kan?
Tapi sesungguhnya berubah lebih baik daripada tak berubah langsung dan terus dalam kesesatan..
Aku tahu aku tak se’happy’ orang lain
Aku mungkin ada sifat pelik aku sendiri
Orang kat luar sana tu mungkin fikir dieorang tu lebih seksa dalam hidup ni..
Kalau dieorang tu semua tahu jalan dan liku hidup aku
Mesti dieorang boleh rasa peritnya hati seorang insan yang bernama Ana ni
Aku sama sekali tak sama dengan orang lain..
Entah la
Banyak benda yang aku rasa orang lain tak rasa
Pedih perit yang aku lalui semua sorang-sorang
Tak pernah ada yang nak amek kesah pasal aku
Even family aku yang orang lihat konon nya bahagia
Pun tak pernah nak amik tahu
Lagi kan kengkawan yang berbeza darjat
Orang takkan faham walaupun aku bawak dieorang lihat apa yang aku lalui
Tak ada seorang pun boleh bertahan macam aku
Dulu memang aku pernah nak berputus asa dengan apa yang aku hadapi
Tapi aku mula sedar kalau bukan aku yang buktikan kat dunia yang penuh kekejaman ni
Siapa lagi nak buktikan bahawa aku ni seorang yang boleh berjaya dengan usaha aku sendiri kan?
Aku tahu aku bukan la pandai sangat
Matematik aku langsung lambat nak tangkap
Sains aku susah nak masuk otak
Bahasa inggeris aku ??
Hancur semua grammar aku langgar
Pelat jawa katakan
Bahasa melayu??
Harap jer orang melayu tapi tatabahasa ...masyaallah
Sejarah aku minat tapi aku lambat nak dapat imaginasi kan peristiwa
Agama Islam
Aku mudah ngantuk bila ustaz berceramah
Geografi pasal kordinat yang boleh serabut kepala hotak aku nak fikir
Kemahiran hidup aku yang selalu dapat C jer tu
Tak pernah nak dapat A tu
Memang ternyata aku bukan budak pandai macam kawan-kawan aku yang lain
Aku rasa macam mana la aku boleh berkawan dengan budak budak pandai sedangkan aku TAK!
aku terasa malu dengan kawan kawan aku
aku takut keputusan aku
PMR sesuatu yang menakutkan
Kalau pun keputusan aku nanti tak sehebat mana macam kawan kawan aku nanti
Aku harap satu sinar baru mengajar aku untuk terus berusaha mencapai cita-cita
Cerita aku bukan tipu atau pun lakonan semata-mata
Tapi ini cerita benar yang aku lalui sekarang ni
Aku tak pernah menipu untuk kehidupan aku nie
Aku takut orang tak terima apa yang cuba sampaikan ni
Aku rasa terlampau banyak aku nak cerita
Tapi aku sudahi dulu entri ni
Entri yang merapu merepek ni
Aku harap tak ada siapa nak pertikaikan kewujudan aku nie
Sekali lagi aku cakap
Aku bukan la blgger yang rasmi dalam penulisan
Aku tetap akan menaip selagi kewujudan aku
Aku tak kesah blog aku tak comel atau selawa blog korang korang atau pun blogger lain
Tapi tak pa
Cukup la blog nie boleh aku sign in dan luahkan perasan aku cukup la
Assalamualaikum kengkawan
Peace no war
Cawangan aku yang lainààJ http://www.sipemalupenaip.blogspot.com
(tak best mane pun tapi kalau nak jengah boleh jer)

No comments:

Post a Comment