Kotak Hati~

Asalammualaikum....
Hai Selamat Malam...
Harh....Malam ni bosan gila sebabnya hanya abang and kakak aku yang menjeng ni.Sibuk nak berebut Angry Bird dengan aku pulak.Nah amik telefon Samsung pintar ni(telefon abang aku sebenarnya,aku memang tak mampulah nak beli telefon se'pintar' tu..hihi).Terus tak merengek kakak aku ni.Suka dapat Angry Bird yang sengal ni...(kutuk tapi suka)
Ni sebabnya aku buka blog.
Mak dengan Abah tu asyik jalan ajer:((
Bukan nak ajak aku.Pergi jalan setiap hari.Jeles sebenarnya aku ni.
Tak apa,minggu depan aku nak pergi tengok wayang.haha...
Goodbye~
Tak ada cerita sebenarnya.
Okey.Bye.
Asalammualaikum.

p/s:Aku hanya budak perempuan yang menagih kasih dan sayang orang lain untuk teruskan hidup ini.

Berangan Lagi~

SEMUA KU TAK YAKIN
KAU LAKUKAN INI PADAKU
MESKI DIHATI MERASA
KAU BERUBAH SEMENJAK KAU MENGENAL DIA
BILA CINTA TAK LAGI UNTUKKU
BILA HATI TAK LAGI PADAKU
MENGAPA HARUS DIA YANG MEREBUT DIRIMU
BILA AKU TAK BAIK UNTUKMU
DAN BILA DIA BAHAGIA DIRIMU
AKU KAN PERGI MESKI HATI TAK AKAN RELA
TERKADANG KU MENYESAL
MENGAPA KU KENALKAN DIA PADAMU

Sedihkan lagu ni,bagi orang yang punya perasaan macam akulah.Tapi kalau ade orang yang hati dia macam batu memang tak rase ape2,kan?
Entahlah lagu ni memang ade kena mengena dengan hidup aku,,walaupun baru setahun ‘pisang’ aku hidup tapi dah ade cerita,menarik~???
Okey aku jujur semua salah aku sebab kenalkan dia dengan ‘perempuan tu’,tapi salah aku jugak sebab nak kenal dia,,,,opppss….salah dia yang nak kenal aku dulu,,yang sibuk2 call aku tu sape?Aku cuma menyesal sebab kenal dia jer..balas mesej dia….jawab telefon dia jer…’JER’???,,banyak kau punye jer…salah jugak tahu?~
Sampai sekarang aku still tak boleh nak lupe,,sebab aku still nampak dia and ‘perempuan tu’.
Aku saJER saiko dia sebab aku nak dia sedar yang ape yang dia buat semua nie salah…
Sebab orang buta hati memang macam tu,langsung tak ade perasaan!!!!~
Depan jer aku gembira tapi dalam hati aku menangis seakan aku rase nak mati.Setia yang aku harapkan tapi ‘Selamat Tinggal’ yang dia ucapkan.Meraung mintak tolong pun bukan ade orang yang nak tolong,,tengok pun taklah lagi nak bertanya…puihhh~.
Tapi aku bukan budak perempuan yang bodoh yang tak ade akal nak bunuh diri lah.Entah apa-apa jer,ada budak lelaki nak bunuh diri sebab gaduh dengan awek dia tu.Bila dengar kelakar ada juga sebab ‘budak lelaki’ kut?Tak tahulah apa sebabnya.Kalau budak perempuan buat apa entah.
Kalau aku kena tinggal lelaki,aku nak buat cara ‘PANDAI’lah.Kalau dia nak mintak bersama ‘balik’ aku jual mahal aje~…sampai budak tu mati pun aku tak sudi.Habis madu sepah dibuang yer….~Kalau aku madu tu jangan harap kau dapat.,puihh~
Siapalah yang akan bertakhta di hati ini?Berangan jer kau ni Ana.!hihihi…haruslah berangan kalau tidak tak ada impian dan kenyataan.Tak tahu siapa yang memiliki hati ini.Bertuah tau kalau dapat aku.(bangga diri ni)Entahlah?Daftarlah sekarang.Ramai yang cakap aku ni sombong.Tolonglah penat aku dengar.Memanglah aku tak kenal korang manalah aku nak percaya 100%.Lagipun aku tak suka ‘CAPUB’.Aku masih tahu batas okey~
Walaupun kisah tu,dah berlalu lama tapi aku tetap tak boleh lupakan.Erm,mungkin ada hidayahNya untuk aku.Mungkin dapat yang lebih sikittangan(handsome),macho ke?hihi,,,berangan!


Idaman?
Ciri ajer..
1.  Tak merokok!
2. Tak panas baran!
3. Rupa ada~
4. Tak selekeh!
5. Gila-gila#
6. Otak geliger~
7.  Material pun ada~
8.  Penyayang.


Ini hanyalah khayalan Ana Ahmad.Yang penting dia setia pada yang satu dan menyayangi sesuatu yang dimiliki meskipun perlu memilih.Itu yang penting bagi aku.Tak lupa juga,dia tidak dibenarkan merokok!!
Sebabnya aku sesak nafas bila hidu benda-benda macam tu.Kalau hisap rokok,matilah aku.Aku benci yang namanya ‘ROKOK’.
Okey Asalammualaikum.Selamat Bahagia kepada mereka yang ber’cinta’.Sweet love guys.

p/s:Hidup bagaikan pusingan roda.Jadi biarlah roda berputar sendiri.Jangan diputarkan kebelakang atau kedepan.Biarkan.

Terhenti Di Sini

Asalammualaikum pembuka bicara.Ya Allah ampunkanlah dosa mereka.
Sesungguhnya mereka tidak mengetahui apa yang mereka lakukan saat ini.
Hanya hidayahMU sahaja yang mampu menunjukkan jalan yang benar antara mereka.
Aku tidak sanggup mendengar,melihat dan memendam semua ini.
Andainya perpisahan sahaja yang mampu membahagiakan mereka,aku redha menerima.
Orang kata “sakit mata memandang,sakit lagi bahu yang memikul”.
Itulah yang mampu aku katakan sekarang ni.:(
Aku tak tahulah  pasal hukum agama sangat tapi aku ada dengar orang yang bercerai ni sebenarnya salah disisi agama.
Aku kalau boleh tak nak dorang bercerai walaupun aku sendiri tak suka tapi makin lama aku tengok makin melampau dorang tu.
Kisah dorang tu dah lama terjadi tapi baru sekarang baru aku tengok dorang gaduh besar sampai nak bercerai.Sampai hati dorang tu buat ni semua.
Aku tak sangka dorang dalam satu rumah pun berdendam selama ini.
Tak sanggup nak dengar dan lihat semua ni.
Walaupun benci dalam hati aku ni tapi aku sayang tengok hubungan dorang selama ni.
Tapi kalau dorang tetap begini aku redha dorang bercerai sekalipun.
Aku tak sabar nak dengar statement berani mati dia,,iaitu talak yang nak dilafazkan tak lama lagi.
Aku nak suruh aje perempuan tu mintak talak dengan dia.
Kalau boleh biarlah talak 3.Puas hati aku.Berbaloi kesabaran aku tak lama lagi menjumpai titik noktah.
Korang ingat dengan korang terus bersama orang lain suka.
Kalau aku jadi lain pun satu hari nanti,aku mungkin lebih teruk dari sekarang.
Aku tak takut kalau kehilangan korang berdua.
Aku sakit kau tahu ke?Nak semua orang jaga hati kau,habis sape nak jaga hati kiteorang ?Fikirlah wahai si ‘PANDAI’.
Saat lafaz itu keluar dari mulut kau,aku akan tepuk tangan tahniah atas ke’pintaran’ kau melafazkannya.
Siapa yang bertahan dengan kau kalau bukan perempuan yang kau hina tu?
Puas hati aku dapat meluahkan.

p/s:Aku berharap dan tak akan berhenti berharap untuk lihat akhirnya.
Biarlah masa yang menghentikan apa yang berlaku di sini.

Otak celaru~!?



Aku tak tahulah nak cakap apa?Sama ada sayang atau suka dekat dia.
Apa yang kau merepek nie?
Entah?
Aku tanya kau?
Aku jawablah ni!
Okey~
Burghhh!!
Ini hanyalah kata alu-aluan buat diriku yang bosan!
Sebanarnya nak cakap yang aku buat blog bukannya sebab nak tayang diri tapi ini tempat aku mengadu.
Aku tak kisah kalau ada sesiapa nak follow tapi bila dah follow nak banyak songeh dengan aku,aku minta maaf jangan nak ganggu aku!


p/s:Hang cakap lebih aku cincang hang!Garang ark?hihi
Asalammualaikum…My First Step In My Life!~
Harh…da lame aku tak cerita dekat kau…..sebab belum ada cerita yang best pun…aku pun dah lama tak ‘FB’..malaslah.
Setiap kali online mesti ada jer yang boleh menyakitkan hati…budak yang walling2 tulah  yang aku benci..Dia pun tak pernah walling aku…setakat walling cakap bende yang penting bagi dia aje.
Kawan baik pun tak pernah walling macam tu,ni kan pulak kawan biasa.Melebihlah diaorang ni!!!
Sakit hati aku.
Ada yang post entah apa-apa.Yang tak penting pulak tu.Siap ada yang maki hamun.Ikutkan hati, nak aje aku block diaorang.Bukan diaorang maki aku,tapi maki kawan ‘FB’ aku.Yang
LIKE tu memang spesies.(spesies yang tak betul)
Ada pulak yang gila popularity,setiap 5 minit tulis status.Gila ke apa?Memang gilalah tu (kihkihkih).
Memang aku dah faham sangat perangai diaorang tu.
Bila orang cakap dia ‘HOT’,dia tak mengaku,merendah diri konon.Tapi dia sendiri yang memuji diri.Anak orang kayalah katakan.Mengikut laporan pemerhatian aku,kawan baik ni takkan baik setiap masa.Iyalah kalau namanya kawan baik mesti dia rapat dengan kita,dia tahu segalanya.And kemungkinan  dia nak lebih daripada kita?Siapa tahu?
Bila namanya kawan satu kelas(kawan biasalah),tak mungkin diaorang tak peduli langsung pasal kita.
Bila kita susah yang datang siapa?
Kawan ‘BAIK’?
‘KAWAN’?
Mestilah kawan.
Sebabnya,kawan ‘baik’ ada buat kita masa yang ‘BAIK’ aje tapi masa kita susah 100% ke kawan baik akan bertindak meluangkan masa diaorang untuk dengar cerita kita?
Hanya 30% kawan baik saja yang betul-betul baik dekat dunia.
Korang rasa kawan ‘baik’ korang tergolong ke dalam 30% tu?
Nak tahu kenalah perhatikan apa yang diaorang sanggup buat untuk korang.
Kalau itu pun belum masih tak jelas korang boleh taktik lain,dengan buat sesuatu yang ada kepentingan bersama.
Tengok ada tak dia mengenang budi,cakap terima kasih atau ucap sayang dia dekat korang.Mesti ada yang tak cakap langsung.Puihhh~
So,tak payahlah cap seseorang yang rapat dengan korang tu sebagai kawan ‘baik’.Entah-entah saja baik sebab ada agenda lain?Siapa tahu?
KAWAN hanya satu subjektif,satu perkataan,tapi apa nilai yang ada pada ‘kawan’ kalau tak pernah nak hargai kawan.
Membazir masa berkawan dengan orang yang laangsung tak ada hati untuk fikirkan kawan dia sendiri.
Sanggup tinggalkan kawan demi kejaan diri sendiri.
Itu ke namanya kawan?
Puihhhhhh!~
Tak ada kawan dalam hidup pun tak apalah!
Orang yang tak berapa mengenali kita itulah yang nak luangkan masa dia untuk kita inikan pulak kawan ‘baik’.
Kawan dalam kesusahan :Hello!Aku nak cerita dengan kau satu hal ni.
Kawan ‘baik’ :Eh,aku ada hal lah.Kau ceritalah dengan kucing kau dekat rumah.Bye!
Itulah situasi yng korang akan alami kalau terlalu percaya dengan orang yang digelar kawan ‘baik’.
Sedihnya hidup tanpa kawan sebenarnya tak dapat nak pendam lagi kalau depan mata sendiri,diaorang memujuk orang lain sedangkan kita tengah berduka.

p/s:Perhatikanlah kawan korang disekeliling.Lihat siapa yang bernilai.????