Asalammualaikum…My First Step In My Life!~
Harh…da lame aku tak cerita dekat kau…..sebab belum ada cerita yang best pun…aku pun dah lama tak ‘FB’..malaslah.
Setiap kali online mesti ada jer yang boleh menyakitkan hati…budak yang walling2 tulah  yang aku benci..Dia pun tak pernah walling aku…setakat walling cakap bende yang penting bagi dia aje.
Kawan baik pun tak pernah walling macam tu,ni kan pulak kawan biasa.Melebihlah diaorang ni!!!
Sakit hati aku.
Ada yang post entah apa-apa.Yang tak penting pulak tu.Siap ada yang maki hamun.Ikutkan hati, nak aje aku block diaorang.Bukan diaorang maki aku,tapi maki kawan ‘FB’ aku.Yang
LIKE tu memang spesies.(spesies yang tak betul)
Ada pulak yang gila popularity,setiap 5 minit tulis status.Gila ke apa?Memang gilalah tu (kihkihkih).
Memang aku dah faham sangat perangai diaorang tu.
Bila orang cakap dia ‘HOT’,dia tak mengaku,merendah diri konon.Tapi dia sendiri yang memuji diri.Anak orang kayalah katakan.Mengikut laporan pemerhatian aku,kawan baik ni takkan baik setiap masa.Iyalah kalau namanya kawan baik mesti dia rapat dengan kita,dia tahu segalanya.And kemungkinan  dia nak lebih daripada kita?Siapa tahu?
Bila namanya kawan satu kelas(kawan biasalah),tak mungkin diaorang tak peduli langsung pasal kita.
Bila kita susah yang datang siapa?
Kawan ‘BAIK’?
‘KAWAN’?
Mestilah kawan.
Sebabnya,kawan ‘baik’ ada buat kita masa yang ‘BAIK’ aje tapi masa kita susah 100% ke kawan baik akan bertindak meluangkan masa diaorang untuk dengar cerita kita?
Hanya 30% kawan baik saja yang betul-betul baik dekat dunia.
Korang rasa kawan ‘baik’ korang tergolong ke dalam 30% tu?
Nak tahu kenalah perhatikan apa yang diaorang sanggup buat untuk korang.
Kalau itu pun belum masih tak jelas korang boleh taktik lain,dengan buat sesuatu yang ada kepentingan bersama.
Tengok ada tak dia mengenang budi,cakap terima kasih atau ucap sayang dia dekat korang.Mesti ada yang tak cakap langsung.Puihhh~
So,tak payahlah cap seseorang yang rapat dengan korang tu sebagai kawan ‘baik’.Entah-entah saja baik sebab ada agenda lain?Siapa tahu?
KAWAN hanya satu subjektif,satu perkataan,tapi apa nilai yang ada pada ‘kawan’ kalau tak pernah nak hargai kawan.
Membazir masa berkawan dengan orang yang laangsung tak ada hati untuk fikirkan kawan dia sendiri.
Sanggup tinggalkan kawan demi kejaan diri sendiri.
Itu ke namanya kawan?
Puihhhhhh!~
Tak ada kawan dalam hidup pun tak apalah!
Orang yang tak berapa mengenali kita itulah yang nak luangkan masa dia untuk kita inikan pulak kawan ‘baik’.
Kawan dalam kesusahan :Hello!Aku nak cerita dengan kau satu hal ni.
Kawan ‘baik’ :Eh,aku ada hal lah.Kau ceritalah dengan kucing kau dekat rumah.Bye!
Itulah situasi yng korang akan alami kalau terlalu percaya dengan orang yang digelar kawan ‘baik’.
Sedihnya hidup tanpa kawan sebenarnya tak dapat nak pendam lagi kalau depan mata sendiri,diaorang memujuk orang lain sedangkan kita tengah berduka.

p/s:Perhatikanlah kawan korang disekeliling.Lihat siapa yang bernilai.????

No comments:

Post a Comment