Suara Berharap 2##

Assalamualaikum...myfirststepinlife…Hari ni aku nak cerita pasal ’Suara Berharap 2##’.Kakak aku operation bulan Januari tahun 2012 nanti.Dia terpaksa tunda peperiksaan dia.Okey aku tahu,aku bukannya orang yang paling rapat dengan dia.Dulu setiap kali dia balik dari asrama,aku orang yang paling tak suka sekali.Bila jumpa jer..macam anjing dengan kucing.Aku kucing dia anjing.Najis.Aku tak suka dia ada sebab okey.Sebabnya:
Dia selalu burukkan aku depan adik-beradik lain.
Dia cakap aku bukan adik dia dan dia selalu cakap aku anak angkat.(Dia kata perangai aku tak sama macam diaorang,kata dia aku seorang ‘pemalas’.Dan sekarang terbukti yang diaorang lebih pemalas dari aku)
Dia anak kesayangan mak aku.So,kalau dia mintak duit,mak aku mesti bagik!!!
Itulah sebabnya aku tak suka dia tapi sejak aku dah sekolah menengah and dia dah masuk university,dia dah rapat dengan aku.Taklah rapat sangat tapi aku banyak pegang rahsia dia.Jadinya,bila dia sakit macam ni,memang aku buat macam tak sedih tapi orang kata ‘air di cincang tak akan putus’,samalah aku dengan dia.Orang memang tak nampak kesedihan aku sebab aku lebih banyak pendam dari berkata.Keluarga aku lain dari yang lain.Kalau aku cerita pun bukannya diaorang faham tak kira pun siapa-siapa termasuklah kawan-kawan.Susah aku nak explainkan.T_T huhu..Memanglah sakit banyak benda kita pendam tanpa ada pen’dengar’.Tapi sampai saat ni,aku masih tak jumpa siapa-siapa pun yang boleh menjadi yang terbaik.Doktor tak kacak tu cakap,kalau pembedahan ni tak berjaya mungkin kakak aku akan terbaring jer dekat katil.Pastu kena tebuk.Erghhh….seram aku dengar…Kalau dia terpaksa baring untuk seumur hidup,aku rasa sia-sia jer kut…keluarga aku dah banyak keluar duit untuk dia belajar selama ni.Aku rasa dia boleh sembuh lah.Ataupun sebenarnya aku tengah bermimpi sekarang ni.Aduh..~Aku harap kakak aku sembuh dan dia dapat belajar macam biasa lagi.Aku tak sanggup nak tengok dia sengsara.Mungkin dia ada kesalahan tapi aku harap Allah dapat ampunkan dosa dia.Amin.
p/s:Ya Allah ya tuhan ku.Aku bermohon kepadamu supaya pulangkan balik kesihatan kakak aku kepada asalnyanya dia dilahirkan.Ampunkan segala dosa yang telah dia lakukan.Aku mohon kepadamu ya Allah.

Suara Berharap~

Assalamualaikum...myfirststepinlife...~
Hari ni aku nak sambung cerita pasal sakit kakak aku tu...semalam die dengan abang aku bertolak pergi Selangor.Sebab 10pagi hari ni ada appointment dengan doktor dekat Hospital Serdang.
Bila aku telefon,abang aku cakap tarikh kakak aku bedah belum tahu lagi.
Ketumbuhan kakak aku tu makin membesar.Die tidur pun berbunyi sebab dekat dengan jantung.
Sedih aku tengok.
Aku berharap kakak aku cepat di bedah dan cepat baik sebab 4.1.2012 ni die ada final kat UPM.
Huhu...Amin~

Inilah Hidup~~`

Assalammualikum...MYFIRSTSTEPINLIFE....
Hari nie aku nak cerita sikit pasal masalah yang melanda keluarga aku.
Pertamanya,aku kena hempap besi buai.Kepala benjol besar and lepas tu,gegaran tu menyebabkan aku macam dah biul.Ada benda yang aku lupa.Macam mana nie.Nasib baik password aku ingat kalau tak tak tahu lah nak cari mana.Keduanya,aku rindu gila dekat kawan-kawan and geng akulah.Masa tu dahlah aku tak dapat pergi youth to youth sebab ada problem.Masa nak pergi jalan dengan kawan pun ada problem.Aku ingat lepas balik hospital tu nak pergi BPMall lah,dalam pukul satu.Tapi aku tak bawak telefon pulak.Sengalnya masa tu aku rasa.Burghhh!!!!
Ketiga,sekarang nie kakak aku kena tahan dekat hospital Putra.Ya Allah,muka dengan badan dia dah menjadi kembang(bengkak maksudnya).Kata doktor 'handsome' tu,kakak aku mungkin ada kanser.Saluran darah tersumbat dan menyebabkan semua urat dia terkeluar.Pergh,ngeri aku tengok.Yang paling risau mak akulah siapa lagi.Ada ketumbuhan katanya.Entahlah~
Tak ada siapa yang tahu ketentuan Allah yang maha besar.
Keempat,aku tetap aku punya sakit belum baik lagi.Dahlah nak sekolah.Nanti lupa segala bagai ilmu aku ni.
Kelima,aku sedang berusaha untuk men'dwonload' semua cerita K-drama sekarang nie.Lambat betul internet ni.Yelah aku bukan guna Wifi yang kelajuannya beratus kilometer sejam.Atau P1max kah.Setakat broadband Celcom yang line asyik putus-putus jer.Okeylah.Aku dah nak chaw dulu.Nak tunggu download aku nie sementara aku belum pergi hospital lagi.Aku berharap korang mendoakan kesihatan kakak aku yang tengah sakit sekarang nie.Amin,amin,amin ya rabbalah amin.

Tips Diet Yang Betul:)

Ada masalah berat badan?Senang jer,,,amalkan DIET.
Bukannya susah kalau kita nak berusaha.
Jom ikuti tips-tips yang
aku berikan.
AMALKAN PENGAMBILAN SNEK
Korang digalakkan makan snek di antara waktu makan tengah hari.Snek ini bukannya makanan ringan yang tidak berzat macam gula-gula atau coklat.Tapi gantikan dengan yogurt,epal,biskut atau telur separuh ,masak kerana ia akan membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh.Amalan ini akan mengelakkan korang daripada lapar dan ia juga boleh mengurangkan kuantiti makanan di malam hari.
MAKAN KULIT BUAH ATAU SAYUR
Kebiasaannya kita mengupas kulit buah atau sayur-sayuran seperti epal,pear,timun,lobak merah dan sebagainya.Ini membuang segala khasiat dan serat yang baik untuk tubuh.Khasiat buah atau sayur kebanyakkannya terkandung pada kulit berbanding isinya.Mulai hari ini,makanlah buah atau sayur dengan kulitnya sekali untuk kebaikan yang lebih.
LEBIHKAN BUAH ATAU SAYUR BERWARNA MERAHKhasiat Lycopene akan membantu melawan sel kanser.
Seperti tembikai,jambu batu,epal,buah delima,tomato dan sebagainya.
BUANG KULIT AYAM & LEMAK DARI DAGING
Kalau nak bersihkan ayam,buang kulit bagi mengurangkan kolestrol.Kalau nak buang lemak daging,sebaik  siap memanggang atau menggoreng,letakkan daging diatas pinggan yang beralas tisu nipis.Kemudiaan,letakkan tisu lain diatas  dan lekap lebihan minyak yang keluar.Selain itu,letakkan daging di atas penapis dan bilas dengan air panas(bukan air yang mendidih).Ini akan menyingkirkan 50 peratus kandungan lemak pada daging dan mengurangkan kolestrol.
MAKAN BIJIRIN SEBELUM TIDUR
Menurut Judith Wurtman,ph.D dari Massachusettes Institute of Technology,mengambil snek karbohidrat lemak dan sedikit kalori 30 minit sebelum tidur akan membantu kamu tidur awal.Ini kerana,bijirin merupakan sumber terbaik memenuhi keperluan serat korang.
PILIH HIDANGAN MENGIKUT CARA MASAKAN
Elakkan
makanan yang bergoreng tapi pilih masakan yang dipanggang atau dibakar.
Di galakkan makan makanan yang dikukus.
BROKOLI MENYIHATKANSetiap kali makan brokoli,cuba letakkan sedikit marjerin ,minyak zaitun dan sos keju didalamnya.
Brokoli yang kaya dengan sumber betakaroten turut membantu melarutkan lemak.Ia kan membawa molekul lemak melalui dinidng intestinal.
JANGAN TINGGALKAN SUSU
Susu sangat penting untuk menjaga tulang dan gigi.Amalkan pengambilan dua cawan susu tanpa lemak sehari bagi membekalkan kalsium yang mencukupi.Kalau korang tak suka susu,korang boleh menggantikan dengan yogurt atau keju.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM,GULA & BAHAN PERASA
Kurangkan penggunaan garam dan gula ketika menyedia dan memasak makanan kerana ia boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi dan diabetis.Hadkan juga penggunaan sos dan serbuk perasa serta kurangkan kekerapan menghidangkan telur masin,ika masin,sayur jeruk dan makanan yang diproses.

p/s:Cuba jangan tak cuba!Pasti berkesan tapi jangan sampai tak makan langsung sebab boleh menyebabkan sakit anoreksia.
       Do your best!